aQ tertarik benar dengan usrah di tempat aQ (Balai
Islam, Flet Pekeliling) 16 Safar 1433h lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan maj0 jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri
supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa
wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai
wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah
sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung
singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher.
Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam usrah tadi,
khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup
bahagian dada mereka.
02.Ada
pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai
T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya
mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat
yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk,
nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot(maaf yup,,,,direct).
03.Ada
pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung
pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada
yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu
pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah
kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada
yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki
bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai
perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian.
Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada
perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen
bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08.Ramai
perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila
berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam usrah tadi, khatib memberitahu
tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan
syahwat lelaki ini, aQ berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini
kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki
mudah
saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang
rakan aQ memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara
puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat.
Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat
perempuan.
Itu
normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat
masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan
hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti ustaz anuar itu.
Pandai-pandailah nanti
menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?
aQ perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang
tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian
sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata
keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual
harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh
telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya
mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
iLuvislam.com
Lelaki
dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah
hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam
untuk ko dan aq,,,,jom ikhtilat bersama,,,perbaiki diri kite keranNYA,,,insyaallah,, | ||
|
tiada kena mengena hidup dan mati,,,ingatan bersama,,,
ReplyDelete