Sunday 10 June 2012

"MP5A"


                                        

Assalamualaikum. . 

Okeh now nak update pasal "reunion" plax ,,, boleh lah dikira kan macam tuh .
Perjumpaan setelah 1 tahun lebih berpisah . Ada yang lebih lagi dan ada yang
kurang lagi . Faham dak ? Faham faham kan lah . hihihi (:
First of all , thanks syukran terima kasih untuk sahabat sahabat yang sanggup
datang berjumpa balik walaupun dari nunn jauh disana *jauh laa sgt .


sebelum teruskan kngn kami. .kami nk jelaskn mksd persatuan kami. .  shortform MPA5A adalah singkatan bg nick name kami. .iaitu MAJLIS PERWAKILAN 5AKAUN. . dan setiap word itu memiliki mksd tersendiri :


               => MAJLIS ; perjumpaan dan ukhwah kami sentiasa dlm bentuk mjlis . .hny formal dan tidak formal shj. . 


     => PERWAKILAN ; d saikhad kami berpecah kpd 3aliran iaitu aliran sains, akaun dan syariah. .so kami 
                                        wakil dr warga form5 93/10. .bkn bermakna kami berpecah. .tp ini adlh sbhgian aktivtiti kami sbg warga 5akaun. . 

          => 5AKAUN  ; adalah course kami semasa di tingkatan 4 dan 5. . 
                            kami adlh satu2nya aliran yg mnengambil subjek tmbhn prinsip perakaunan. .kerana itu pihak sek menamakn kelas kami ini AKAUN. . itu shj yg membezakan kami dr 2kls yg lain. .
sudah cukup sbg input dan pgnlan. . da cm format bm lax. . kui9...=)
            
persahabatan kami xberakhir  hanya di bangku sek. . kami terus kan ukhwah ini bersama  kenangan demi kngan. . sambil abadikan bersama keredhaanNYA. . insyaallah. .

Bukanlah perkara mudah untuk kita mencari sahabat yang sama fikrah dan haluan dengan kita. Kita tidak boleh melihat seseorang dengan hanya melihat pada rupa parasnya , tetapi lihatlah dengan mata hati . Sahabat yang baik adalah sahabat yang setiap kali terlihatkan wajahnya, kita senantiasa teringat pada Allah swt , masyaAllah :)



Sekarang nak sajikan anda semua dengan gambar-gambar sepanjang kami bersama .


                      Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

sebelum kami msok ipt kami rancangkan reunion1 kami sblm msok ipt. . 
d teratak Taman Panglima Pak di Sempang  pd 20.06.2011


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

kami berjuang demiNYA. .


Hadis Persahabatan: Cermin"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

                                    
Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:



Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)




Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Hadis Persahabatan: Rasa Sayang

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)




"ya ALLAH, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Al-Baqarah : 201)

ini reunion kami kali ke2_090612


"ya ALLAH, Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah2 pemberianNya."
('Aali-Imran : 8)




Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)



Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)



Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” 
(Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)

kenangan kami. .


wasiat dr kapten kami ; Nur Farahana Muhammad Jelani
dgn hasil tulisan nya sendiri dan dberikan kpd kami seramai 21org.
^__^

dan 

ini adalah cenderahati dr kami sume  ;;;
kami edit dan selitkan dalam frame ,,,
sebagai bingkai persahabatan kami sume ;;;

stiap kami mempunyainya ,,,
<3




masa xizinkan. . kami berpisah kerana hari sudah ptg. . berpisah kami tepat pukul 5ptg d dpn dataran pahlawan. . 


5 akaun hebat !!

alhamduliLLah perjumpaan yg ringkas membuatkan kami terasa manisnya ukhwah itu bila bertemu dan berpisah keranaNYA ,,,,,

syukuriLLah a'la kuliL haL ,,,
salam wida kami bersama . . @_@

                                                    














gambar berbicara tnd nasihat  ;;;;













TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan ?
BERKENALAN , BERTEMAN , BERKAWAN , & BERSAMA . Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu :
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
 ♥ ♥ S A H A B A T ♥ 

sekian setakat ini ,,,,,
ketemu d lain entry bersama sakinatul iman@blogspot.com ,,
^_^

assalamualaikum ,,,

Tuesday 3 April 2012

"INSYALLAH"


Bismillahhirrahmannirrahim....

 Istimewa kepada yang masih menanti-nanti, mencari-mencari,
dan yang masih sendiri,

InsyaAllah.. Bersabarlah dalam penantian,
kerana mungkin Allah ingin menguji tahap kesabaran kita..

Ingatlah, disebalik bersendiri ini pasti ada HIKMAH yang telah ditakdirkan oleh ALLAH..
Jodoh rahsia Allah, hanya Dia yang tahu siapa yang telah Dia tetapkan untuk kita..

Yakinlah hanya Dia yang tahu mana yang terbaik buat diri kita..:')

Walau masa tidak mampu untuk kita hentikan, bersabarlah dalam penantian..

Tidak semua penantian akan menjadi sia-sia jika ia disulamkan dengan doa kepada ALLAH..

Andai memang dia tercipta untukmu, 

yakinlah ALLAH pasti menunjukkan lorong yang mudah untuk dirimu dan dirinya lalui..

Meskipun andai dia bukan untukmu, 
nantilah dengan penuh kesabaran kerana jodohmu akan muncul jua suatu hari nanti..

Perjalanan kehidupan ini memang penuh dengan liku-liku,
Kadang-kadang perjalanan yang sukar itulah yang akan membawa seribu kemanisan,

dan perjalanan yang mudah itu tidak semesti semuanya akan manis..

Kita mencari dalam kehidupan hakikat diri yang sebenar,

Gunakanlah masa yang memang tidak akan berhenti ini dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari Redha Allah S.W.T..

Yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita, dengan ganjaranNya di sana nanti,

InsyaAllah..

Jika kita mampu untuk bersabar,

Kita mampu jua untuk muhasabah diri kita semula..

Tanyalah pada diri kita,

Tarbiyyah la diri kita dan mari sama-sama kita memperbaiki diri kita yang sering melakukan dosa,
sama ada dalam sedar atau pun tidak..

Bersabarlah duhai hati,<3<3<3

Berdoalah pada yang Maha Berkuasa,

yang Maha Menentukan Segalanya,

Moga kita diperteguhkan IMAN dan TAQWA sehinggalah sampai 'Saat Lafaz Sakinah' diungkapkan oleh seorang lelaki yang bergelar SUAMI.
     

Akhir kalam dari saya,

"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

_cahaya kasih sayang_

Friday 16 March 2012

"Sabar itu Sinar"


Assalamualaikum ,,,
Teringat suatu ketika masuk ke sebuah restoran di ipoh,,,
Waktu itu pelanggan tidak ramai . .
Setelah lima minit menunggu tibalah seorang meminta “order”. .”Roti canai dan teh + milo ais satu…” pinta aq dan rakanku juga . .
Setelah hamper satu jam menunggu barulah “order” tadi sampai. .
Kalau di ikutkan mahu juga di Tanya kenapa tak hantar esok shj roti canai ini??
Sesudah makan dan bayar , aq dan rakanku melangkah keluar dan terpandang  nama restoran itu – Restoran Sabar Menanti - . .
 Hmmm,,, Patutlah! Sabar…Sabar…(^_^)
aq dan kwn saling berpandangan smbil ketawa ,,, dlam hati sabar je ,,,,

p/s :
·         Sabar itu sinar…Al-quran itu hujah bagimu atau ke atasmu. . Setiap manusia itu menjadi    
           pembeli jiwanya sendiri samada dia mengekalkannya atau memusnahkannya…
·         Namun utk sabar perlu latihan dan kemahiran. Menempuh ujian dan kesusahan. Sabarlah dlm mendengar teguran dan nasihat krn kita belum fhm akibatnya skrg. .
·         Sabarlah menuntut ilmu dan mengutip hkmah krn kesannya nanti bakal dnikmati. .
·         Sabarlah drpd membuat maksiat dan sabarlah ketika mengerjakan taat. .
·         Sabarlah. . .walau rasanya di dunia sepahit jadam krn peluangnya bkn sesuatu yg biasa2. .

Inilah yg perlu kita usahakan bersama . . pasti Allah akn bantu Cuba perhatikan fakta ini…Kalimah sabar dlm alquran Allah titipkan lbih drpd seratus kali..Jika kalimahnya juga banyak, sudah tentu jln2nya dan usaha ke arahnya juga pelbagai dan banyak. .carilah kaedah terbaik dlm bersabar, , (ringkasan tazkirah pg ustaz zahazan Mohamed)

Selamat Istiqamah dan Beramal…