Salam seindah sungai nil;;
Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah, kurniaan yang melimpah ini
kadangkala membuatkan aku terlupa untuk mensyukuri nikmatMu.
Dalam
kesibukan mengejar dunia ini, pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki diri?
Adakah cukup amalan kita?
Bagaimana
dengan perhitungan di akhirat yang pasti terjadi? Bersediakah kita?
Mungkin
kita biasa mendengar perkataan muhasabah, terutama apabila kita berada di akhir
sesuatu program, kita diajak untuk bermuhasabah.
Namun,
sejauh mana penghayatan kita terhadap maksud muhasabah tersebut? Muhasabah.
Berasal
dari perkataan hisab, iaitu menghitung. Mengapa kita perlu menghitung amalan
kita? Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr (59:18):
18. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan
(dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi
diingatkan), bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi
pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.
Jelas
daripada ayat ini kita memang dituntut untuk menghitung amalan kita.
Andai
dalam kehidupan harian kita sibuk merancang dan menghitung budget dan merancang
untuk pelbagai perkara, mengapa pula kita terlupa untuk menghitung bekal amalan
di akhirat kelak?mcm kita merancang cuti panjang utk perkara faedah simboliknya,,,
Dalam
ayat seterusnya (59:19) Allah memberi peringatan untuk kita tidak melupakan
perintah-perintahNya.
19. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan
(perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka
melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah
orang-orang yang fasik (derhaka).
Perkaitan
antara kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa kita menghitung diri adalah dengan
mengikuti perintah Allah.
Islam
sebagai agama petunjuk kepada penganutnya.
Ia
bukan hanya teori tapi praktikal untuk setiap urusan manusia. Yang membezakan
seorang muslim dan mukmin adalah pada amalannya. Sepertimana Allah menekankan
dalam ayat seterusnya (59:20):
20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah
orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang
diingini).
Memang
berbeza antara dua golongan ini. Ibarat langit dan bumi. Jurangnya sangat
ketara antara penghuni syurga dan neraka. Salah satunya dalam rahmat dan satu
lagi dalam kelaknatan.
Jadi
timbanglah dengan neraca iman, ke mana lebihnya kita? Ke jalan redha atau
kebencian Allah?
Jadi
di sini saya ingin berkongsi beberapa cara untuk bermuhasabah, semoga dapat
memberi manfaat.
01.Mengingati mati.
Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang
pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi
pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.
02.Mengingati kelemahan
diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak
langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan
menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan
sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh
sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan
akhirnya.
03.Tidak membesarkan
kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan
orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita
menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.
04.Menjadikan kebaikan orang
sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan,
amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras
untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.
05.Menjadikan
Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia
contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang
menjadi sunnah baginda.
06.Berdoa sebanyak-banyaknya
agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri.
Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk
suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.
Sahabat-sahabatku,
Marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah
mengundang redha Allah, bi'iznillah.
Doakan moga kita berjaya
bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..ameen.
Wallahualam...
|
No comments:
Post a Comment