Saturday 26 November 2011

"Hadiah uTk aYah"


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

"Untuk apa?" tanya si ayah.

"Nak bungkus hadiah" jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah.......ada hadiah untuk Ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."

"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-
buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah....., ada isi tu... Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

" NukilanKU "

Duhai sahabat ;
Buat kaMu, cebisan istimewa ini aQ nukilkan
di saat aQ bersyukur pd-NYA
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat aQ sembunyi
Apa yang melingkar di hati 
Kasih aQ pada kaMu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi.

Di saat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah 
Di saat tandus amal aQ
Kau suburkan qudwah
Di saat gugur semangatku 
kau bajai quwwah

Tika air mata aQ berguguran
Kau turut kepiluan  
Tika senyum aQ tak lekang
Kau ceria berpanjangan

Tika kesedihan bertamu 
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa 
Kau ingatkan janji-NYA
Tika kejayaan aQ tercipta 
Kau doakan reda-NYA bersama

Wahai sahabat aQ
Masihkah kau semadikan d minda ?
Bahawa ukhwah yang terjalin antara kita 
Adalah cinta tulus bersulamkan takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta

Berjanjilah sahabat 
Ukhwah kita yang terbina
Kerana cinta pada-NYA
Takkan terhalang
Oleh tembok minda manusia
Takkan hilang 
Dek api yang menjulang 
Takkan sirna 
Dek kabus yang kelam
Tapi hanyalah musnah
Dek hati yang hitam

Teruja aQ pd kata-kata
Imam al-Ghazali yg mulia ;
"Ukhuwah itu bukan pd indahnya
pd pertemuan, tp pd ingatan seseorang terhadap saudaranya di
dalam doanya."
aQ harapkan mekar d hati 
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah!
Insyaallah,,,

ku nukilkan untuk mu dr diri yg lemah ini ,,,
miss u fiLLah ,,,


                                      
  Ameen~~

Saturday 12 November 2011

"Amanah Dalam Persahabatan"

Salam Ukhwah,,,

Sekembali aq dari pr0gram "UMmah" iaitu ummah mahabbah mengajar diri ini penting dalam memegang satu amanah.Dalam erti lain FARDHU AIN yg wajib ditunaikan..Aq akui selama ini aq acuh xacuh sahaja dlm memegang amanah kerna kecetekan ilmu ALLAH,,,aq hny pentingkan ilmu ALLAH perihal akademik sahaja..Alhamdulillah ;ALLAH  gerakkan hati ini untuk menunaikan amanah yg dipikul dengan memberi aq peluang mengikuti pr0gram ilmiah ini ketika umurku 18taon,,ameen~~

     AMANAH sememangnya sering dikaitkan dgn kepercayaan.Ia juga amat rapat dgn iman sese0rang muslim yg mana dikatakan bahawa tiadanya amanah maka tiadalah iman.Dlm bahasa lain ia diertikan sbgi trust, dan dinisbahkan kpd kata, rely on.C0nt0hnya -to trust in G0d, atau percaya kpd tuhan,,(skema untk jawapan SPM-sijil pdang mahsyar)

    AMANAH  sebagai hamba ALLAH, umi ayah, pelajar,sahabat,agama dan sewaktu dgnnya..senang dilafazkan sukar untuk dlaksanakn jika iman xkuat,,,subhanallah...
    Memperkatakan tntg amanah ini sbnrnya amat luas skopnya,,s0 nk ringkaskan; amanah dlm persahabatan...sebelum datangnya "jiwa" utk bersahabat,islam tlh gariskan bbrapa sifat untk memilh sahabat..

    Teringat pesan mudhirah UMmah tlh smpaikan ilmunya kpd ahli daie' ; drpd Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, "Jgn sesekali-kali kamu bersahabat melainkan 0rang yg mempunyai 2sifat ini: 
        @ dia dpt di ajak untk bersahabat dlm urusan duniamu dgn JUJUR..
        @ dia dpt menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu...
 Jika kamu suka bersahabat dgn orang yg bersifat slain daripada itu,maka pastilah kamu seorangyg lemah fikirannya...(asif kalau terasa)

     Jadi,sebagai se0rang Mukmin yg memegang amanah islam dlm khdpan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yg dtetapkn dlm syariat, usah berlbih juga usah berkurang.INSYALLAH~~

    Ini adalah amanah dlm persahabatan kami yg perlu kami tunaikan,,,sem0ga kami dterima olehNYA~~


                               form5_2010
detik final SAIKHAD10!!!!
amanah bersama STAM11
teman tp mesra STAM11
 pendidik+ipt_2011
c0urse akaun_spm2010

    Akhir kalam; SINARILAH PERSAHABATAN DENGAN KEJUJURAN 
                                                         DAN
                        JANGANLAH DICEMARI DENGAN KEPURA-PURAAN...
  

Friday 11 November 2011

"UkhWah"

Assalamualaikum,,,
Bermulanya kudrat ku untuk membuat bl0g...
Aq masih memerlukan pengorbanan sahabat2ku untuk membantu diri ini..
sem0ga dengan ini dapat menjalin ukhwah d alam maya ini dgn kerahmatan MU..
Dengan lafaz  بسم الله الرحمن الرحيم aq berserah demi ukhwah ini,,,,

Insyallah..