Tuesday 24 September 2013

for MUSLIM STUDENT!

Assalamualaikum 

Jom Orang Mukmin (J.0.M)

~Share is Caring ~




:: TIPS BELAJAR for MUSLIM STUDENT! ::

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.


Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.



Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita.

3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

……………………..……………………..………

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

 Jom ubah bersama dan amalkan.

Insyaallah.

Assalamualaikum.

^ SAIKHAD 93-13 ^

Salam sejernih sungai nil ,,, insyaaLLah ,, ^_^

AhamduliLLah ,,, pejam celik pejam celik da lps fasa1 eid-fitri da ,, selepas kita berpuasa 29hari pd bulan ramadhan ta0n ini (2013M / 1434H) ,,, mercun-mercun berdentam-dentum dimainnya ,,, yg kecik3 main p0p3 je ,,, selamat sikit ,,, hu3 ,,, teringat zaman kecik3 dulu ,, hu3 ,, 

tak lupa juga wajib bg kitew3 sume ialah seperti biasa raya eid-fitri dsambut dengan kemeriahan ketupat ,, rendang ,, lemang ,,, serunding dn sebagainya ,,, ikut adat2 negeri masing3 nk msk ape ,,, almklom citarasa masing3 ,,, kalau melaka fam0us ngn sambal kacang dan rendang itik ,,, hu3 ,,,  klu fmily kitew lorh ,, nenek dan mak3 sedare akan msk gitu ,,, hi3 ,,,,

Em tidak lupa aktiviti kami ,,, tiap3 ta0n,, hi3 ,, batch 1993 ,,, k0nvoi ramai ,,, bersama ex-student saikhad ,,, setelah masing3 da study ipt yg berlainan ,,, unizsa ,,, usim ,,, kuis ,,, sultan ,,, ump ,, iic uia dan sebagainya ,,, hanya text mesej utk persetujuan tarikh kosong dan setting tmpt berkumpul ,,, hu3 ,,, alhamduliLLah dpermudahkan ,,,,  untuk pengetahuan sume ,,
 saikhad itu adalah singkatan bg nama sekolah menengah kami ,,, iaitu .....




tempat kami sambung study d alam sekolah menengah ,,, ta0n 2006-2010 ,,,, 
tempat jatuh naik kami sebagai pelajar Sek.Men(ARAB) As-Saiyyidah Khadijah, Melaka ,,, 

barakaLLahu feek warga SAIKHAD ,,,d0akan kami cemerlang dunia akhirat utk agama ,,,
insyaaLLah ,, amin ,,,,

surau sekolah kami tak mampu untuk memaksimumkan semua pelajar masuk serentak ,,, s0 alternatif yg dirancang adalah sebegini ,,, alhamduiLLah ,, syukur ,, masih ada ruang ,,, =)


wokey ,,, biar gambar berbicara  raya kali ini ,,, 
first r0und k0nv0i pd raya keempat bersama student iic UIA ,, UNISZA ,, UMP dan USIM ,,,
alhamduliLLah ,,,

destinasi eidfitri rumah pertama ,,,
Kg.Sebatu, Melaka ,,
^_^



destinasi eidfitri rumah kedua 
Kg.Serkam Pantai, Melaka.


destinasi eidfitri rumah ketiga
Taman Merlimau Utara, Melaka.


 destinasi rumah keempat 
Taman Tiang Dua, Melaka.


 dan destinasi eidfitiri terakhir kami ialah melawat guru kami ,,,
kerana cikgu tiada rumah kami terus jumpa cikgu kami ini di kedainya d Melaka ,,,
iaitu ^ Cikgu Hazliza Binti Arom ^
c0nclude nye xsemestinya raya kena p rumah ,,, kt mana3 p0n boleh ketemu ,,,
niat ziarah-menziarahi ,, itulah syariat yg kita pandu ,, alhamduliLLah ,,


hari sudah petang ,,, masing3 sudah keletihan dan kami pulang pada jam 6petang ...
AlhamduliLLah ,,,

SEc0nd r0und eidfitri kami pd hari berikutnya ,,,
bersama student STPM Sultan Muhammad dan USIM lak ,,,
Hi3 ,,,

Setelah bertahun3 berkonvoi by car ,,, kali ini kami sambung ziarah-menziarahi ustaz-ustazah dan kwn3 pd mase cuty gini dengan menaiki motor secara konvoi ,, atas permintaan salah seorang antara kami yg inginkan pengalaman sebegitu ,,, hu3 ,,, alhamduliLLah ,, dengan izinNYA kami merancang alhamduliLLah dipermudahkan ,, setelah tiga hari tertanggguh rancangan ini ,,, 16-08-2013 tercipta memory ,,, bagai dipanggang p0n ada ,, hu3 ,, btw itu kngn buat kami sebagai exstudent saikhad93 ,, ;) ,,


 "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara .... " (Al-hujurat 49:10)
 insyaaLLah ,,, ukhwah fiLLah ,,,


Taman Batu Gajah, Sg.Rambai, Melaka.


Kg.Sebatu, Sg.Rambai, Melaka.



 Kg.Parit Penghulu, Sg.Rambai, Melaka


 Kg.Parit Putat, Sg.Rambai, Melaka.





 Taman Bukit Lintang, Ayer Molek, Melaka.

Berukhwah sebelum berpisah di Pantai Crystal Bay, Alai, Melaka.







Hargailah insan2 yg allah hadirkan untuk mu...
kerna tdk akn dpt dikau halang lg tatkala DIA mgambilnya kembali ,,,

syg buatmu sahabatku keranaNYA ,,,

Jumpa lagi ... InsyaaLLah ,,,
ukhwah fiLLah ...

Assalamualaikum ,,