Saturday 26 November 2011

" NukilanKU "

Duhai sahabat ;
Buat kaMu, cebisan istimewa ini aQ nukilkan
di saat aQ bersyukur pd-NYA
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat aQ sembunyi
Apa yang melingkar di hati 
Kasih aQ pada kaMu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi.

Di saat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah 
Di saat tandus amal aQ
Kau suburkan qudwah
Di saat gugur semangatku 
kau bajai quwwah

Tika air mata aQ berguguran
Kau turut kepiluan  
Tika senyum aQ tak lekang
Kau ceria berpanjangan

Tika kesedihan bertamu 
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa 
Kau ingatkan janji-NYA
Tika kejayaan aQ tercipta 
Kau doakan reda-NYA bersama

Wahai sahabat aQ
Masihkah kau semadikan d minda ?
Bahawa ukhwah yang terjalin antara kita 
Adalah cinta tulus bersulamkan takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta

Berjanjilah sahabat 
Ukhwah kita yang terbina
Kerana cinta pada-NYA
Takkan terhalang
Oleh tembok minda manusia
Takkan hilang 
Dek api yang menjulang 
Takkan sirna 
Dek kabus yang kelam
Tapi hanyalah musnah
Dek hati yang hitam

Teruja aQ pd kata-kata
Imam al-Ghazali yg mulia ;
"Ukhuwah itu bukan pd indahnya
pd pertemuan, tp pd ingatan seseorang terhadap saudaranya di
dalam doanya."
aQ harapkan mekar d hati 
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah!
Insyaallah,,,

ku nukilkan untuk mu dr diri yg lemah ini ,,,
miss u fiLLah ,,,


                                      
  Ameen~~

1 comment:

  1. tulus dr insan yg lmah...
    diilhamkan pd hening pg(26.11.11) d kg.johor,,,

    ReplyDelete